Friday, February 11, 2022

PENGENALAN RINGKAS KELAB NADI HUFFAZ UNISZA


Kelab Nadi Huffaz merupakan salah satu kelab yang bercirikan Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Kelab ini ditubuhkan bagi membantu menghasilkan mahasiswa yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam.


Visi : Melahirkan generasi yang berpegang teguh dengan ajaran Islam mengikut Al-Quran dan As-Sunnah Yang Menjadi Sumber Rujukan Syariat Islam.


Misi : Mendedahkan dan menarik lebih ramai masyarakat awam khususnya warga UniSZA mengenali serta mendekati Al-Quran.


Moto : "Mahasiswa Cakna Al-Quran, Generasi Harapan Agama"

Kelab Nadi Huffaz Unisza Sesi 2021/2022


 Bismillahirrahmanirrahim , Assalamu'alaikum wbt ..


[BARISAN SAF KEPIMPINAN KELAB NADI HUFFAZ SESI 21/22]


Memperkenalkan kepimpinan Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif Kelab Nadi Hufaz sesi 2021/2022 Universiti Sultan Zainal Abidin.


"Matahari berfungsi menerangi bumi, Al-Quran berfungsi menerangi hidup ini. " Semoga kepimpinan ini dapat melahirkan lagi generasi yang berpegang pada firman Ilahi.


Siiru ala barakatillah✨


"Mahasiswa Cakna Al-Quran, Generasi Harapan Agama"

                                                                      

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut👇:


Facebook: Kelab Nadi Huffaz UniSZA

 Instagram: @nhunisza

Telegram : nadihuffazunisza

Youtube : Kelab Nadi Huffaz UniSZA










Monday, June 10, 2019

HUKUM BERWAKIL DALAM PEMBELIAN DAN PENYEMBELIHAN QORBAN

Mungkin ramai yang masih dalam keraguan dalam perkara berwakil pembelian dan penyembelihan Qorban..

haaa,, mari kami kongsi ilmu.. :)

HUKUM BERWAKIL dalam pembelian dan penyembelihan Qorban adalah HARUS dan dibolehkan menurut Al-Quran, Sunnah dan Ijmak kerana maksud berwakil atau wakalah adalah satu pihak menyerahkan sesuatu urusan yang boleh diwakilkan mengikut syarak kepada pihak lain ketika pihak yang pertama itu masih hidup.

seperti dalam Firman Allah (Surah Al-Kahfi:19) yang menunjukkan kepada kita boleh berwakil dalam kisah Ashabul Kahfi apabila mereka terjaga daripada tidur..

"..... sekarang utuslah salah seorang daripada kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya:...."





Apa Rukun Wakalah ye??
jom scroll bawah ;)















RUKUN WAKALAH
Ada 4 Rukun Berwakil / Wakalah iaitu :

  1. Muwakkil (orang yang berwakil)
  2. Muwakkal (orang yang mewakili / dijadikan wakil)
  3. Muwakkal fihi (barang atau sesuatu yang diwakilkan)
  4. Sighah (Ijab dan Qabul)
Sighah adalah antara Muwakkil dan Muwakkal sebagai Akad dalam Wakalah. Ini adalah perlu sebagai syarat dalam melaksanakan wakalah yang menunjukkan interaksi antara Muwakkil dan Muwakkal. Dalam sighah inilah selalunya masyarakat menyatakan Qorban yang hendak diwakilkan sama ada Qorban Wajib atau Qorban Sunat.


NIAT

Niat adalah wajib dan perlu bagi Pewakil atau Orang Yang Mewakili kerana ini adalah penanda aras sesuatu ibadat yang kita hendak lakukan. Dalam niat ini perlu untuk dinyatakan Qorban yang hendak dilakukan sama ada Qorban Wajib atau Sunat. 

dan....

              Memadai jika Muwakkil itu berniat ketika Muwakkal sedang menyembelih Qorbannya tanpa niat dari Muwakkal kerana Muwakkil ada ketika penyembelihan dilakukan. Akan tetapi jika Muwakkil itu berjauhan, Muwakkal perlu berniat bagi pihak Muwakkil ketika penyembelihan, Muwakkil juga perlu berniat sama kerana itulah yang terbaik.

Lafaz Niat Wakalah Qorban

                     "Sahaja Aku Melakukan Qorban yang sunat kerana Allah"

lafaz wakalah

- " Lakukan Qorban sunat untuk saya "
- " Belikan Qorban sunat untuk saya "

lafaz terima wakil

- "Aku/Saya Terima"




haaa begitulah serba sedikit Ilmu yang dapat kami kongsikan. 
Moga Bermanfaat dan sebarang cadangan atau perkongsian, silalah ke ruangan komen ya.. :')

Wednesday, May 29, 2019

HEBAHAN PROGRAM QURBAN DI KEMBOJA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang telah mengurniakan kepada kita bermacam nikmat dan kesenangan dalam kehidupan seharian kita. Moga bertambah rasa syukur kita pada Allah atas rezeki dan kebahagiaan yang telah kita kecapi. Sudahkah kita mengucapkan ALHAMDULILLAH sebagai antara tanda kesyukuran kita?? 
Marilah bersama kita mengucapkan ALHAMDULILLAH sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Rabb-Nya :)


Insyaa Allah,
Saudara dan Saudari sekalian,
Pada 12-14 Ogos 2019, Pusat Pendidikan Teras UniSZA dan Kelab Nadi Huffaz UniSZA akan mengadakan Program Ibadah Qurban Dan Aqiqah Di Bumi Kemboja 2019 untuk membantu mereka yang memerlukan. Umum mengetahui bahawa bumi Kemboja amat memerlukan bantuan keluarga seakidah mereka untuk menjalankan Ibadah Qurban. Tidaklah mereka sering merasakan daging Qurban jika tidak asbab kita membantu mereka meringankan beban mereka. Oleh yang demikian, kami terpanggil untuk menyediakan khidmat Ibadah Qurban bagi memudahkan dan membantu masyarakat di sana yang amat memerlukan.

Tengok ape tu?? :)


Lebih seratus ekor lembu selamat disembelih untuk diagihkan kepada masyarakat kemboja.



tagging yang dimiliki oleh wakil kami




Pada kali ini, Insyaa Allah, kami akan menjual satu bahagian lembu hanya berharga RM 280. Termurah Di Terengganu! 
Makanya saudara saudari sekalian,, Jangan Lepaskan peluang keemasan ini kerana pembelian bahagian Qurban adalah TERHAD..


Jika anda berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan wakil kami :

TERENGGANU
                                 -Nik Aminuddin : 018-9094 126
                                 -Alya                    : 012-9605 625 (tel)
                                                              : 014-5464 376 (wassap)

KELANTAN
                                - Engku Syaqiq   : 011-2695 2649


KUALA LUMPUR
                                - Zuhairi               : 012-6568 708


SABAH
                                - Amimi                : 019-8529 366




Gambar sekitar program Qurban Kemboja sesi lepas:

Nama pembeli bahagian Qurban akan ditulis di sebuah plakad bagi bahagian yang dibeli.


             
           
*Sembelihan bukan hanya dilakukan oleh orang Kemboja, pihak kami juga diberi peluang menjalankan amanah pembeli bahagian Qurban untuk menyembelih lembu Qurban.




Pengagihan Daging Qurban kepada masyarakat kemboja.













Lebih 1,000 rakyat Kemboja dapat merasai Daging Qurban hasil pembelian bahagian lembu Qurban




Ayuh Saudara dan Saudari sekalian,
kita berQurban sambil membantu saudara kita di Kemboja...

Setiap pembelian anda adalah sebuah pertolongan yang besar bagi mereka...
hanya RM280 sahaja.. :)    TERMURAH DI TERENGGANU!!!



*RM 280 termasuk caj perkhidmatan wakil kami dalam mengurus Lembu Qurban di Kemboja

PENGENALAN RINGKAS KELAB NADI HUFFAZ UNISZA

Kelab Nadi Huffaz merupakan salah satu kelab yang bercirikan Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Kelab ini ditubuhkan bagi me...