Wednesday, May 29, 2019

HEBAHAN PROGRAM QURBAN DI KEMBOJA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang telah mengurniakan kepada kita bermacam nikmat dan kesenangan dalam kehidupan seharian kita. Moga bertambah rasa syukur kita pada Allah atas rezeki dan kebahagiaan yang telah kita kecapi. Sudahkah kita mengucapkan ALHAMDULILLAH sebagai antara tanda kesyukuran kita?? 
Marilah bersama kita mengucapkan ALHAMDULILLAH sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Rabb-Nya :)


Insyaa Allah,
Saudara dan Saudari sekalian,
Pada 12-14 Ogos 2019, Pusat Pendidikan Teras UniSZA dan Kelab Nadi Huffaz UniSZA akan mengadakan Program Ibadah Qurban Dan Aqiqah Di Bumi Kemboja 2019 untuk membantu mereka yang memerlukan. Umum mengetahui bahawa bumi Kemboja amat memerlukan bantuan keluarga seakidah mereka untuk menjalankan Ibadah Qurban. Tidaklah mereka sering merasakan daging Qurban jika tidak asbab kita membantu mereka meringankan beban mereka. Oleh yang demikian, kami terpanggil untuk menyediakan khidmat Ibadah Qurban bagi memudahkan dan membantu masyarakat di sana yang amat memerlukan.

Tengok ape tu?? :)


Lebih seratus ekor lembu selamat disembelih untuk diagihkan kepada masyarakat kemboja.



tagging yang dimiliki oleh wakil kami




Pada kali ini, Insyaa Allah, kami akan menjual satu bahagian lembu hanya berharga RM 280. Termurah Di Terengganu! 
Makanya saudara saudari sekalian,, Jangan Lepaskan peluang keemasan ini kerana pembelian bahagian Qurban adalah TERHAD..


Jika anda berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan wakil kami :

TERENGGANU
                                 -Nik Aminuddin : 018-9094 126
                                 -Alya                    : 012-9605 625 (tel)
                                                              : 014-5464 376 (wassap)

KELANTAN
                                - Engku Syaqiq   : 011-2695 2649


KUALA LUMPUR
                                - Zuhairi               : 012-6568 708


SABAH
                                - Amimi                : 019-8529 366




Gambar sekitar program Qurban Kemboja sesi lepas:

Nama pembeli bahagian Qurban akan ditulis di sebuah plakad bagi bahagian yang dibeli.


             
           
*Sembelihan bukan hanya dilakukan oleh orang Kemboja, pihak kami juga diberi peluang menjalankan amanah pembeli bahagian Qurban untuk menyembelih lembu Qurban.




Pengagihan Daging Qurban kepada masyarakat kemboja.













Lebih 1,000 rakyat Kemboja dapat merasai Daging Qurban hasil pembelian bahagian lembu Qurban




Ayuh Saudara dan Saudari sekalian,
kita berQurban sambil membantu saudara kita di Kemboja...

Setiap pembelian anda adalah sebuah pertolongan yang besar bagi mereka...
hanya RM280 sahaja.. :)    TERMURAH DI TERENGGANU!!!



*RM 280 termasuk caj perkhidmatan wakil kami dalam mengurus Lembu Qurban di Kemboja

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN RINGKAS KELAB NADI HUFFAZ UNISZA

Kelab Nadi Huffaz merupakan salah satu kelab yang bercirikan Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Kelab ini ditubuhkan bagi me...