Monday, June 10, 2019

HUKUM BERWAKIL DALAM PEMBELIAN DAN PENYEMBELIHAN QORBAN

Mungkin ramai yang masih dalam keraguan dalam perkara berwakil pembelian dan penyembelihan Qorban..

haaa,, mari kami kongsi ilmu.. :)

HUKUM BERWAKIL dalam pembelian dan penyembelihan Qorban adalah HARUS dan dibolehkan menurut Al-Quran, Sunnah dan Ijmak kerana maksud berwakil atau wakalah adalah satu pihak menyerahkan sesuatu urusan yang boleh diwakilkan mengikut syarak kepada pihak lain ketika pihak yang pertama itu masih hidup.

seperti dalam Firman Allah (Surah Al-Kahfi:19) yang menunjukkan kepada kita boleh berwakil dalam kisah Ashabul Kahfi apabila mereka terjaga daripada tidur..

"..... sekarang utuslah salah seorang daripada kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya:...."





Apa Rukun Wakalah ye??
jom scroll bawah ;)















RUKUN WAKALAH
Ada 4 Rukun Berwakil / Wakalah iaitu :

  1. Muwakkil (orang yang berwakil)
  2. Muwakkal (orang yang mewakili / dijadikan wakil)
  3. Muwakkal fihi (barang atau sesuatu yang diwakilkan)
  4. Sighah (Ijab dan Qabul)
Sighah adalah antara Muwakkil dan Muwakkal sebagai Akad dalam Wakalah. Ini adalah perlu sebagai syarat dalam melaksanakan wakalah yang menunjukkan interaksi antara Muwakkil dan Muwakkal. Dalam sighah inilah selalunya masyarakat menyatakan Qorban yang hendak diwakilkan sama ada Qorban Wajib atau Qorban Sunat.


NIAT

Niat adalah wajib dan perlu bagi Pewakil atau Orang Yang Mewakili kerana ini adalah penanda aras sesuatu ibadat yang kita hendak lakukan. Dalam niat ini perlu untuk dinyatakan Qorban yang hendak dilakukan sama ada Qorban Wajib atau Sunat. 

dan....

              Memadai jika Muwakkil itu berniat ketika Muwakkal sedang menyembelih Qorbannya tanpa niat dari Muwakkal kerana Muwakkil ada ketika penyembelihan dilakukan. Akan tetapi jika Muwakkil itu berjauhan, Muwakkal perlu berniat bagi pihak Muwakkil ketika penyembelihan, Muwakkil juga perlu berniat sama kerana itulah yang terbaik.

Lafaz Niat Wakalah Qorban

                     "Sahaja Aku Melakukan Qorban yang sunat kerana Allah"

lafaz wakalah

- " Lakukan Qorban sunat untuk saya "
- " Belikan Qorban sunat untuk saya "

lafaz terima wakil

- "Aku/Saya Terima"




haaa begitulah serba sedikit Ilmu yang dapat kami kongsikan. 
Moga Bermanfaat dan sebarang cadangan atau perkongsian, silalah ke ruangan komen ya.. :')

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN RINGKAS KELAB NADI HUFFAZ UNISZA

Kelab Nadi Huffaz merupakan salah satu kelab yang bercirikan Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Kelab ini ditubuhkan bagi me...